Domain

- Apakah itu domain?
- Apakah itu hosting?
- Apakah itu laman web?
Beberapa soalan di atas merupakan persoalan yang sering bermain di benak fikiran kebanyakan pengguna internet. Saya selalu menerangkan kepada rakan2 saya mengenai perkara ini dengan perbandingan keperluan membina sebuah rumah.
Domain atau domain name ialah alamat rumah anda di internet ini. Secara asasnya domain adalah antara perkara yang penting yang perlu difikirkan oleh seseorang pembina rumah ataupun webmaster (pencipta laman web).
Domain melambangkan fungsi sesuatu website serta antara element penting untuk anda mendapat rangking yang baik di dalam Laman web Engin Pencarian @ Search Engine Sites seperti Google dan Yahoo
Antara contoh domain ialah seperti
- friendster.com
- dreamupload.net
- facebook.com
- myspace.com
- bharian.com.my
- mariecurie.info dan pelbagai lagi
Harus diterangkan di sini bahawa domain mempunyai pelbagai extension namun yang paling popular dan biasa diguna pakai terutama oleh pengguna Internet Malaysia adalah .com (commersial) , .net (network) , .org (organisasi) , .biz (business) dan .info (information). Extension rasmi untuk Malaysia pula adalah .com.my dan terbaru .my
Secara generalnya terdapat dua jenis extension iaitu Top Level Domain (TLD) dan CCTLD. CCTLD merujuk kepada extension rasmi sesebuah negara seperti .my dan .com.my untuk Malaysia sementara TLD adalah extension yang biasa diguna untuk website antarangsa.
TIPS: Setiap domain hanya bisa dimiliki oleh seorang sahaja dalam dunia ini sepertimana http://lamanweb.biz hanya dimiliki oleh saya seorang sahaja.
Hosting ataupun web hosting merupakan element kedua yang penting dalam membina website anda. Hosting boleh diibaratkan lot tapak rumah anda yang perlu anda miliki sebelum membina rumah setelah anda menempah alamat ataupun domain anda.
Ia merupakan tapak virtual dalam internet di mana kebiasaannya seseorang webmaster anda mambayar sewa setiap bulan atau setiap tahun kepada sesebuah syarikat Web Hosting dan kos hosting bergantung kepada tahap penggunaan Space dan Bandwith laman web anda. Space ialah ruang laman web anda yang dikira dalam bytes. Bandwith pula ialah jumlah transfer rate setiap kali pengunjung anda mengunjungi website anda. Sebagai contohnya Laman Web Malaysia beratnya ialah 50KB maka jika setiap bulan seramai 1000 orang atau hits mengunjungi laman web ini, maka jumlah bandwith setiap bulan untuk laman web ini ialah 50KBx1000 = 50,000KB ataupun 50MB. Kos operasi bandwith dikira setiap bulan. Maka adalah penting untuk anda mempunyai sebuah hosting yang flexible, laju dan ringan supaya mudah pengunjung anda masuk laman web anda setiap bulan. Kami di Laman Web Malaysia ada menyediakan perkhidmatan hosting ini dalam package E-Shop kami serta perkhidmatan Blog.
Laman Web adalah perkara terakhir yang perlu kita fikirkan setelah mendapat hosting dan domain yang diidami. Laman Web ataupun website ialah ibarat rumah anda yang bakal dilengkapi dengan alamat (domain) dan dibina atas lot tapak rumah anda (hosting). Secara asasnya terdapat pelbagai cara untuk membina website anda termasuk membina dari awal menggunakan bahasa pengaturcara yang mudah seperti HTML dan PHP.
Bagaimanapun kini adalah lebih mudah dan berkesan untuk menggunakan script ataupun software yang mesra pengguna serperti Wordpress dan content management software (CMS) lain2.
Perlu diperhati bahawa Blog ataupun nama asalnya Web Blog adalah sejenis Laman Web dan semakin mendapat tempat di kalangan pengguna Internet untuk membina laman web mereka. Antara penyedia perkhidmatan Blog percuma yang terkenal adalah seperti Wordpress dan Blogger (blogspot.com). Blogger yang merupakan website dimiliki Google dan di website utama mereka Blogger, pengguna internet bisa membina blog masing2 dengan percuma dan mendapat percuma subdomain contoh example.blogspot.com
Namun secara jujurnya bagi mendapat kepuasan dan mengoptimumkan laman web ataupun blog anda, anda perlu memiliki domain sendiri dan hosting anda sendiri.Ini kerana anda membina brand anda @ syarikat anda sendiri dan tidak bergantung kepada perkhidmatan percuma website lain. Selain daripada itu, Blog2 yang dibina di website seperti Blogger dan Wordpress mempunyai pelbagai limitation dan bila2 masa bisa ditamatkan perkhidmatan seperti yang berlaku kepada blog bekas PM Malaysia Tun Mahathir aka Chedet.
Terdapat pelbagai langkah-langkah yang lebih lanjut yang perlu anda tahu selepas anda menguasai perkara2 basik di atas seperti contoh bagaimana memasarkan laman web anda dan supaya tersenarai di Engin Pencarian Laman Web seperti Google dan Yahoo. Langkah-langkah tambahan ini bagaimanapun sudahpun disediakan dalam perkhidmatan E-Shop kami di Laman Web Malaysia ini. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang pembinaan website bolehlah ke post How to Make A Website
Sekian, wassalam
Admin Laman Web Malaysia









Terima kasih di atas infonya…:]]